ORDER FORM

<ORDER FORM>

Name:
Email Address:
Address :
Code Item :
Total Item :
Phone Number :
Payment by : Maybank
CIMB
Any Inquiry :

Get your own free form like this one.
Welcome to CHOC d'AMORE...
Jemput la tengok-tengok coklat galeri saya...
Kalau ada yang berkenan, jangan segan silu untuk membuat tempahan....

Kami bersedia menerima tempahan untuk ::

- Hantaran/gubahan perkahwinan dan pertunangan

- Cenderahati/Hamper/Door Gift :-

*Majlis Perkahwinan/Pertunangan
*Hari Keluarga,Jamuan Perpisahan/Kenaikan Pangkat
*Majlis Harijadi
*Ulangtahun / Anniversary

*Hadiah untuk yang tersayang...

Kuih moden utk perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, Thn Baru Cina, Hari Natal dll...............

Untuk makan2 pun boleh...santapan dikala menonton tv

Borang tempahan ada di atas...

TERIMA KASIH....

Tuesday, August 17, 2010

SEJARAH KOKO

SALAM..

WEEEHOOO..


Hari ni, akak nak ajar sejarah sikit ok...SEJARAH KOKO..  

Sila baca di bawah>>>


Koko, madu kepada dewata di mana nama saintifiknya Theobroma Cacao jika diterjemah dari bahasa Greek bermakna makanan dewata mempunyai sejarah bermula dari tahun 1662. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan di mana penyembahan dibuat setiap kali pokok koko ditanam.

Koko telah berjaya menguasai seluruh negara dan benua-benua dunia dalam masa 500 tahun sejak ia pertama kali ditemui oleh masyarakat kaum Maya dan Aztecs di Amerika Selatan. Kaum Aztec menganggap minuman koko sebagai minuman Maharaja sahaja. Kaum Maya di Yucatán dan Aztec di Mexico telah menanam koko dan dipercayai Maharaja Aztec Montezuma seringkali menikmati hidangan minuman Chocolath iaitu campuran nib koko yang dipanggang, jagung, air dan rempah.

Koko mula berkembang ke Sepanyol 20 tahun kemudian setelah ianya dibawa balik oleh pengembara-pengembara Eropah. Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol. Bekalan koko yang terhad menyebabkan mereka menyimpan rahsia kegunaan koko selama 100 tahun. Hernando cortez telah membawa balik koko serta resipi minuman chocolath ke Sepanyol pada tahun 1528. Kemudian berlaku transformasi di mana gula mula dicampur. Penemuan rempah-rempah baru seperti vanila dan kayu manis juga telah digunakan sebagai perisa.

Selepas itu, koko terus berkembang ke benua-benua lain, Perancis pada tahun 1615, UK pada tahun 1650 dan Amerika pada tahun 1755. Sehingga kini, koko merupakan perisa yang paling popular dan digemari di seluruh dunia.
Koko mula diperkenalkan di Asia Tenggara oleh orang Sepanyol pada kurun ke 17. Mereka membawa koko dari Amerika Latin ke Filipina dalam tahun 1670. Adalah dipercayai bahawa pokok koko kemudiannya dibawa ke Indonesia dan Sabah pada awal kurun ke-18.

Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar.
Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.

Sumber : Laman Rasmi Lembaga Koko Malaysia


p/s-banyak jugak yang kite tak tau kan...



No comments:

Post a Comment